Sunday, April 07, 2013

Pengalaman Bersalin :- Intan Humaira Fatisha

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. baru dapat update blog. Dek kerana kerja yang melambak. Saya langsung tak sempat nak join segmen dan sebagainya. Ramai dah retis yang melahirkan anak. Tak kurang juga dengan kawan-kawan yang mengandung dan melahirkan anak juga. Alhamdulillah. Rezeki Allah yang tak ternilai harganya.

Bila dapat tengok orang lain melahirkan anak ni, terpanggil plak rasa nak cerita pengalaman bersalin dahulu. Ini cite anak pertama. Intan Humaira Fatisha nama diberi.

Orang kata, bersalin anak pertama ni memang menakutkan. Begitu juga dengan saya. Maklumlah, tiada pengalaman. Hanya berbekalkan pesanan dan crita-crita yang teman yang berpengalaman sahaja.

Pada 18 June 2006, dari tengahari mula rasa sakit perut. Masa tu tak terfikir pun sakit tu sebab nak bersalin, sebab mengikut perkiraan saya punye due date adalah bulan Julai. Sakit pun tak kerap sangat. Jadi saya tak kisah la. Lepas tu dalam kul 4 lebih En. Suami kata nak kuar kejap. G potong rambut katanya. Saya malas nak follow sebab sakit perut dan pinggang. Saya pun tak terfikir nak cakap kat En. Suami sebab dia jenis yang kelam-kabut. Sampai hampir kul 6 sakit makin kerap. Saya g masuk bilik. Baring. Sakit makin menjadi-jadi. Sampai saya nangis... Tapi tak kuar pun dari bilik (apa punye takut lah..) Mak ngan ayah ada kat umah masa tu. Tapi taknak bagitahu mereka. Lastly nekad tunggu En. Suami balik. Bila En. Suami balik dia cari saya dalam bilik. Tengok saya menangis dan bermulalah kelam kabutnya. Hehehe. Dia g papah saya turun bawah cari mak. Masa tu saya takleh nak berdiri tegak. Ayah keluarkan kereta dan kami terus pecut pergi SGH (Sarawak General Hospital). Sampai-sampai je saya terus ke Unit Bersalin. Doktor datang check tu Doktor berbangsa India. Bleh tahan encem dia. Tapi gerun gak sebab badan dia tegap dan sasa.. Doktor cakap dah 4cm bukak.. Terus dihantar ke Labour Room.

Dalam tu semua mesin tampal kat perut. Apa ntah nama mesin tu. Tak hengat. Selepas menunggu hampir 2 jam. Akhirnya tepat jam 9.32 malam saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.03 kg. Sangat gembira. Semua sakit yang dialami terus hilang.. Tapi mengah jugak la. Hehehe



Ni masa "konvokesyen" Tadika KEMAS dulu

Now, anak ni dah berusia hampir 7 tahun. Dah masuk darjah 1 dah. Tapi pengalaman itu masih segar dalam ingatan. Haha.. Benar kata Harith Iskander dalam Lawak Ke Der 2, memori perempuan ni memang ajaib. Hehe

Next entry akan cerita pengalaman anak kedua pulak. InsyaAllah. See you all then.. Assalamualaikum...

(",) Love is Friendship (^__^)

Monday, March 04, 2013

Risau Kerana Sulu

Fuh.. Hari-hari dengar pasal pencerobohan Kesultanan Sulu di Lahad Datu yang melarat ke Semporna. Huhu. Mendengarkan suara penduduk Semporna, jelas terpancar ketakutan pada wajah dan suara mereka. Ya Allah, Kau lindungilah saudara kami di sana..

Sebenarnya, apa yang merisaukan saya abang angkat saya dan Mr. L akan ke sana juga. Kerisauan saya tak dapat dibendung. Ketika berSMS dengan mereka, semestinya banyak nasihat dan kata-kata semangat yang mereka bagi pada saya. (Ironinya saya kena bagi kata semangat pada mereka kan??) Honestly, saya belum bersedia melepaskan mereka pergi. Namun apakan daya saya, tugas memaksa mereka untuk berkorban demi Agama, bangsa dan negara..

Teman blogger, doakan kesejahteraan mereka dan pasukan pertahanan kita yang lain di Sabah yer..

(",) Love is Friendship (^__^)

Friday, February 08, 2013

Segmen: Follow Me FOllow U

Huawei... tuan empunya belog yang punya segmen nieh Gadis Mata 4 adalah sama seperti saya. Bermata empat sampai takleh dipisahkan antara kami. Walaweii..

Jom join segmen nie.. Klik je banner kat bawah tu dan jangan lupa follow tuan rumah tau.. InsyaAllah dia akan follow kome semula. Ok.. Enjoy!!!


Eventhough saya lambat join. Tapi saya tetap nak joined. Please tuan belog.. masukkan nama saya yer..


(",) Love is Friendship (^__^)

Segmen: Ayu's Felt Craft

Apahal asyik bersegmen nieh? Saya dah takde idea ker? Hehe. Actually, ada idea cuma masa nak hupdate entry dengan penuh kusyuk tu takde lagi. Sibuk sangat dengan kerja.. So bersegmen je yang sempat. Tanda sokongan pada bloggers lain..

Jom join segmen si Littlenuur nie. Just click banner kat bawah yer.. Selamat semuanya..



Ingat!!!! Tarikh Tutup : 16 FEBUARI 2013




(",) Love is Friendship (^__^)

Thursday, February 07, 2013

1st Segmen Blogwalking bersama Blog CKK

Segmen seterusnya. Again, sangat menyukai cara penulisannya. Amat simple dan straight to the point.. Jom joined the segmen. Just click the banner below.. (~betul ke english saya ni? Entah-entah Oh!My English)


P/s: Sakit bontot duduk lama... lambat nye nak balik keja =(.. Happykan diri dengan berblogging n bersegmening.ehehhe


(",) Love is Friendship (^__^)

Segmen Blogger i2 Sahabat ku

Bersegmen lagi. heehhe.. Bukan apa, untuk menimba pengalaman dengan blogger lain kan.. At least lepas tension bekerja... Jom klik banner kat bawah dan kita sama2 bersegmen


Saya budak baru belajar, jadi kera la rajin bersegmen. hehehhe


(",) Love is Friendship (^__^)

1st SNCP 2013 di SMK Kota Samarahan

Waa... tak rasa dah masuk bulan 2 dah kan.. Tak seperti tahun lepas, bulan 2 adalah permulaan kepada tahap ke"busy"an melampau dek kerana SNCP aka Sharing & Caring Program. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada murid sekolah rendah dan menengah tentang penggunaan talian kecemasan 999.

Semalam adalah 1st sekolah yang kami attend. Itu pun atas jemputan pihak JPAM yang memang sentiasa bekerjasama dengan kami dalam SNCP ini. Program asal jam 7 tapi kami minta tunda ke masa lain sebab terlalu awal untuk kami bertolak dari Kuching. Jadi program mula jam 1. Saya dan rombongan cik Kiah bertolak jam 11 kerana ada jemputan makan tengahari oleh pihak JPAM sebelum taklimat. Sampai-sampai jer, tak makan lagi. Katanya tunggu Penolong Pesuruhjaya dan Pengarah. Dalam hati " menyesal tak makan di opis tadi".. Tunggu punya tunggu kata P. Ramlee jam dah menganjak hampir 1 ptg. Program dah nak mula. Kami buat keputusan untuk pegi dahulu ke sekolah dan buat taklimat.

Syiookkk. Saya jadi speaker..Memang saya malas. Sebab penat. Budak baru tak diberi peluang. Selalu kata nak bagi training tapi hampeh... Saya dulu ikut sekali je dah disuruh  control the crown for the next program. The hell? Argh lantak la. I hope student  sana enjoy..  Pic len masa upload. Takde kat saya sekarang..



(",) Love is Friendship (^__^)

Copyright (c) All Right Reserved EmeraldRing0102.blogspot.com