Sunday, April 07, 2013

Pengalaman Bersalin :- Intan Humaira Fatisha

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. baru dapat update blog. Dek kerana kerja yang melambak. Saya langsung tak sempat nak join segmen dan sebagainya. Ramai dah retis yang melahirkan anak. Tak kurang juga dengan kawan-kawan yang mengandung dan melahirkan anak juga. Alhamdulillah. Rezeki Allah yang tak ternilai harganya.

Bila dapat tengok orang lain melahirkan anak ni, terpanggil plak rasa nak cerita pengalaman bersalin dahulu. Ini cite anak pertama. Intan Humaira Fatisha nama diberi.

Orang kata, bersalin anak pertama ni memang menakutkan. Begitu juga dengan saya. Maklumlah, tiada pengalaman. Hanya berbekalkan pesanan dan crita-crita yang teman yang berpengalaman sahaja.

Pada 18 June 2006, dari tengahari mula rasa sakit perut. Masa tu tak terfikir pun sakit tu sebab nak bersalin, sebab mengikut perkiraan saya punye due date adalah bulan Julai. Sakit pun tak kerap sangat. Jadi saya tak kisah la. Lepas tu dalam kul 4 lebih En. Suami kata nak kuar kejap. G potong rambut katanya. Saya malas nak follow sebab sakit perut dan pinggang. Saya pun tak terfikir nak cakap kat En. Suami sebab dia jenis yang kelam-kabut. Sampai hampir kul 6 sakit makin kerap. Saya g masuk bilik. Baring. Sakit makin menjadi-jadi. Sampai saya nangis... Tapi tak kuar pun dari bilik (apa punye takut lah..) Mak ngan ayah ada kat umah masa tu. Tapi taknak bagitahu mereka. Lastly nekad tunggu En. Suami balik. Bila En. Suami balik dia cari saya dalam bilik. Tengok saya menangis dan bermulalah kelam kabutnya. Hehehe. Dia g papah saya turun bawah cari mak. Masa tu saya takleh nak berdiri tegak. Ayah keluarkan kereta dan kami terus pecut pergi SGH (Sarawak General Hospital). Sampai-sampai je saya terus ke Unit Bersalin. Doktor datang check tu Doktor berbangsa India. Bleh tahan encem dia. Tapi gerun gak sebab badan dia tegap dan sasa.. Doktor cakap dah 4cm bukak.. Terus dihantar ke Labour Room.

Dalam tu semua mesin tampal kat perut. Apa ntah nama mesin tu. Tak hengat. Selepas menunggu hampir 2 jam. Akhirnya tepat jam 9.32 malam saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.03 kg. Sangat gembira. Semua sakit yang dialami terus hilang.. Tapi mengah jugak la. Hehehe



Ni masa "konvokesyen" Tadika KEMAS dulu

Now, anak ni dah berusia hampir 7 tahun. Dah masuk darjah 1 dah. Tapi pengalaman itu masih segar dalam ingatan. Haha.. Benar kata Harith Iskander dalam Lawak Ke Der 2, memori perempuan ni memang ajaib. Hehe

Next entry akan cerita pengalaman anak kedua pulak. InsyaAllah. See you all then.. Assalamualaikum...

(",) Love is Friendship (^__^)

Monday, March 04, 2013

Risau Kerana Sulu

Fuh.. Hari-hari dengar pasal pencerobohan Kesultanan Sulu di Lahad Datu yang melarat ke Semporna. Huhu. Mendengarkan suara penduduk Semporna, jelas terpancar ketakutan pada wajah dan suara mereka. Ya Allah, Kau lindungilah saudara kami di sana..

Sebenarnya, apa yang merisaukan saya abang angkat saya dan Mr. L akan ke sana juga. Kerisauan saya tak dapat dibendung. Ketika berSMS dengan mereka, semestinya banyak nasihat dan kata-kata semangat yang mereka bagi pada saya. (Ironinya saya kena bagi kata semangat pada mereka kan??) Honestly, saya belum bersedia melepaskan mereka pergi. Namun apakan daya saya, tugas memaksa mereka untuk berkorban demi Agama, bangsa dan negara..

Teman blogger, doakan kesejahteraan mereka dan pasukan pertahanan kita yang lain di Sabah yer..

(",) Love is Friendship (^__^)

Friday, February 08, 2013

Segmen: Follow Me FOllow U

Huawei... tuan empunya belog yang punya segmen nieh Gadis Mata 4 adalah sama seperti saya. Bermata empat sampai takleh dipisahkan antara kami. Walaweii..

Jom join segmen nie.. Klik je banner kat bawah tu dan jangan lupa follow tuan rumah tau.. InsyaAllah dia akan follow kome semula. Ok.. Enjoy!!!


Eventhough saya lambat join. Tapi saya tetap nak joined. Please tuan belog.. masukkan nama saya yer..


(",) Love is Friendship (^__^)

Segmen: Ayu's Felt Craft

Apahal asyik bersegmen nieh? Saya dah takde idea ker? Hehe. Actually, ada idea cuma masa nak hupdate entry dengan penuh kusyuk tu takde lagi. Sibuk sangat dengan kerja.. So bersegmen je yang sempat. Tanda sokongan pada bloggers lain..

Jom join segmen si Littlenuur nie. Just click banner kat bawah yer.. Selamat semuanya..



Ingat!!!! Tarikh Tutup : 16 FEBUARI 2013




(",) Love is Friendship (^__^)

Thursday, February 07, 2013

1st Segmen Blogwalking bersama Blog CKK

Segmen seterusnya. Again, sangat menyukai cara penulisannya. Amat simple dan straight to the point.. Jom joined the segmen. Just click the banner below.. (~betul ke english saya ni? Entah-entah Oh!My English)


P/s: Sakit bontot duduk lama... lambat nye nak balik keja =(.. Happykan diri dengan berblogging n bersegmening.ehehhe


(",) Love is Friendship (^__^)

Segmen Blogger i2 Sahabat ku

Bersegmen lagi. heehhe.. Bukan apa, untuk menimba pengalaman dengan blogger lain kan.. At least lepas tension bekerja... Jom klik banner kat bawah dan kita sama2 bersegmen


Saya budak baru belajar, jadi kera la rajin bersegmen. hehehhe


(",) Love is Friendship (^__^)

1st SNCP 2013 di SMK Kota Samarahan

Waa... tak rasa dah masuk bulan 2 dah kan.. Tak seperti tahun lepas, bulan 2 adalah permulaan kepada tahap ke"busy"an melampau dek kerana SNCP aka Sharing & Caring Program. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada murid sekolah rendah dan menengah tentang penggunaan talian kecemasan 999.

Semalam adalah 1st sekolah yang kami attend. Itu pun atas jemputan pihak JPAM yang memang sentiasa bekerjasama dengan kami dalam SNCP ini. Program asal jam 7 tapi kami minta tunda ke masa lain sebab terlalu awal untuk kami bertolak dari Kuching. Jadi program mula jam 1. Saya dan rombongan cik Kiah bertolak jam 11 kerana ada jemputan makan tengahari oleh pihak JPAM sebelum taklimat. Sampai-sampai jer, tak makan lagi. Katanya tunggu Penolong Pesuruhjaya dan Pengarah. Dalam hati " menyesal tak makan di opis tadi".. Tunggu punya tunggu kata P. Ramlee jam dah menganjak hampir 1 ptg. Program dah nak mula. Kami buat keputusan untuk pegi dahulu ke sekolah dan buat taklimat.

Syiookkk. Saya jadi speaker..Memang saya malas. Sebab penat. Budak baru tak diberi peluang. Selalu kata nak bagi training tapi hampeh... Saya dulu ikut sekali je dah disuruh  control the crown for the next program. The hell? Argh lantak la. I hope student  sana enjoy..  Pic len masa upload. Takde kat saya sekarang..



(",) Love is Friendship (^__^)

1st Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist


Alang-alang dah ada masa nka godek belog kejap, tertengok la segmen nie. Terus turut serta. I know, BW, join segmen dan active comment boleh menambahkan followers. Hehehe..Jom kawan-kawan. Klik banner di bawah dan kita enjoy.!!!!!





(",) Love is Friendship (^__^)

Monday, February 04, 2013

She say YES!!!

Last night lepas balik kerja, mandi, makan terus tengok tv. Remote problem la pulak. Takleh nak tukar channel. Kalau setakat TV1, TV2 dan TV3 gagah la jugak nak tekan button kan, ni Astro kot. Jenuh nak tekan. Masa tu channel 8TV. Honestly, saya tak minat tonton channel nie. Tapi saya tak deny la cerita die memang best. And fortunately ada satu program named MOBBED by Howie Mandel. Rancangan Mobbed ni sebenarnya berkisahkan rancangan yang menggunakan "flash mob" yang dirakamkan secara tersembunyi untuk menyampaikan sesuatu. Dan malam tadi misi untuk melamar seorang wanita bernama Nicky oleh boyfriend die, Justin.

Actually, Nicky adalah wanita yang kuat cemburu. Dan die sentiasa memikirkan Justin mempunyai wanita lain dan hal ini sentiasa menjadikan mereka selalu bergaduh. Hehe. Standard lah orang bercouple. Dan Justin meminta bantuan Howie untuk membuat satu rancangan yang membolehkan dia melamar Nicky. But, Howie mengusulkan satu cadangan yang "gila" dimana dia ingin rancangan melamar itu menjadi majlis perkahwinan buat Nicky dan Justin. Fuh!!! Siyes giler..

Dengan usaha gigih, participants more than 600 people. Who practises the mob thru You Tube. Just to make the plan going smoothly.

Anda semua leh tengok kat youtube kot. Hehe..

She was surprised... 

Some of the Flash Mob

Now they are officially Husband & Wife.


Justin such a gentleman. Dia nak Nicky tahu yang dia hanya cintakan Nicky. J sanggup bawak BFF Nicky dari Chicago, Nicky's family dan Justin' Family untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka walaupun semua itu risiko agak besar jika Nicky menolak lamaran dia.

P/s: Actually saya menangis melihat Nicky menangis kegembiraan. Ade ke orang nak lamar saya begitu depan family saya???






(",) Love is Friendship (^__^)

Segmen Jom Tambah Followers Blog by Anis Zainudin

Hehe.. Dapat jemputan daripada Anis Zainudin untuk join segmen yang dia buat. Buleh tahan orang nya sebab dalam praktikal pun masih punya masa untuk buat segmen camni.. Hehe..


Happy blogging.. 



(",) Love is Friendship (^__^)

Segmen Naikkan Trafik Blog Sampai BOOOMM!!!

Memang terbaikkk la nama segmen ni. Macam pencuci Boom plak kan. Hehe... Jom kita ramai-ramai join segmen nieh. Mesti gempak gilerzzzz.

Kepada teman-teman yang ingin follow Twitter saya boleh cari saya @Emerald_Nora. Nanti saya akan follow anda juga yer.

Untuk yang nak join segmen nieh, leh klik banner di bawah dan boleh follow instructions yang dibagi. Tak salah mencubakan demi menambahkan traffic blog kita.


Die peminat K-Pop.. Like my sis.. Hehehe


(",) Love is Friendship (^__^)

SEGMEN TINGKATKAN FOLLOWERS & TRAFIK BLOG

Wow.. Makin laju tangan ini menaip untuk menyertai segmen yang other blogger buat.  Segmen yang dibuat oleh Fatin Alyaa nie tak memerlukan kerja keras. Hehe. Hanya LIKE fan page, dan follow blog die. Pastu paste banner kat bawah ni selekat-lekatnya then masukkan link kat komen die. Fuh!! Gampang banget sich...



Happy bersegmen nieh


(",) Love is Friendship (^__^)

Segmen Pencarian BloggerStarz.

Mula-mula dapat tau pasal segmen nieh terus nak join. Bila baca entry die sempoi jer. Tersenyum sendiri dibuatnya..

Kepada kengkawan yang nak join, silakan klick Pas Masuk (~owner tu cakap banner tu pass masuk, so saya tirula) heheh. Macam nak tengok konsert plak kan.


Syarat-syarat plak kena ceritakan pengalaman paling best dan paling hampeh selama terjebak dalam dunia blog yang serba baru nieh (untuk saya la..)

Noor Emerald, apa pengalaman best awak dalam dunia blogging ni?

Terima kasih kerana interview saya. Basically, blogging ni saya suka-suka nak join. As my friend said, saya banyak berceloteh. Jadi memandangkan mereka dah bosan ngan celoteh saya, saya buat la blog. Blog takleh jemu. Hehe. Pengalaman paling best bila berblogging ni apabila ada otai blogger yang sudi bagi tunjuk ajar dan sekaligus mem"follow" blog saya yang tak seberapa nieh
Bagaimana pula dengan pengalaman hampeh awak?
Yang hampeh? Ermm.. Bila takde ilham. Benci sangat. Ada masa mengadap pc tetapi tak tau nak cakap apa. Selain itu, bila ada ilham masa plak takde untuk berblog. Itu jer la.
Ucapan awak kepada owner segmen nie?

Saya nak masuk bloglist GENG OHSEM.

Terima kasih.. Wohooo.. Saya rasa diri ini artis.
 




(",) Love is Friendship (^__^)

Segmen Review Blog by Kecik


Kembali bersegmen.. Tertengok plak segmen ni di blog Zamani84 yang mana die pun dapat tahu daripada otai E'raz Fadli jadi terus rasa nak join.. Kepada teman-teman yang nak join, jom la kita ramai-ramai join Segmen Review Blog by Kecik k.. Just klik banner kat atas tu yer.. Segmen ni kepunyaan Mieza Suhaini, owner blog KekapasBerceloteh.. Dah hampir setahun dia berblog and also a part time photographer.. 


(",) Love is Friendship (^__^)

'MyBeautiful Malaysia' Peringkat NEGERI SARAWAK

Yesterday, kerajaan telah mengadakan program MyBeautiful Malaysia yang telah disambut di seluruh Malaysia serentak semalam 030213. And di Kuching tidak ketinggalan. I'm the one who participant in this program. (Actually for the aerobic exercise only). The other tentative, i'm home already. Cukuplah keluarkan peluh. Lama dah tak berpeluh begitu. As hanya saya jer yang rasa berpeluh. Tapi member lain cakap saya tak berpeluh n muka nampak pucat. Ceh...


Apa itu Program MyBeautiful Malaysia?

Honestly saya sendiri kurang arif. Tahu pasal program ni pun sebab  Kelab TM Sarawak minta nama untuk yang ingin menyertai program ini. Just because of the aerobic, saya join la. Setelah menggoogle dapat la input sedikit pasal program ni. 

My Beautiful Malaysia,program untuk transformasi sosial yang dilancar Datuk seri Najib Tun Razak di Taman Medan,Petaling Jaya pagi Ahad catat sejarah tersendiri bila disertai oleh 1 juta orang di lebih 300 lokasi di seluruh negara.
Perdana Menteri telah menerima sijil dari Malaysia Book of Record atas kejayaan itu di majlis berkenaan.
Ini semua kerana PRU la rasanya. Untuk mendapatkan undi para belia yang sememangnya menjadi focus dalam program ini. But nvm, belia perlu sedar kot yang undi mereka adalah sangat penting untuk pembangunan Malaysia dalam mencapai misi Wawasan 2020.

Dah malas nak cita.  Meh layan pic nie..



Credit Pic to Mr Yurichson Batoe Rongi from his blog  My-Beautiful Malaysia

(",) Love is Friendship (^__^)

Sunday, February 03, 2013

Erti Sebuah Persahabatan


Memang susah mendapatkan kawan yang bergelar sahabat. Ironi maybe u olls kata sahabat dan kawan itu membawa makna yang sama. But not for me. Bagi saya, K.A.W.A.N terlalu general. Yang mana insan yang menemani kita pada masa kita happy. Dan mungkin tiada pada masa kita menangis. Tetapi SAHABAT adalah kawan yang hadir pada happy dan pada sedih kita. Pada jatuh bangun kita. Parit jerih kita semuanya dia ada disisi kita. True Friend. 

Thanks to Allah kerana mengurniakan saya seorang hambaNya yang sangat menitikberatkan hubungan seorang Sahabat. Walaupun pada dasarnya hubungan ini tiada penghujung tetapi walaupun dalam diam, kami masih menjaga persahabatan ini tanpa menggugat kebahagiaan kehidupan masing-masing.

Terima kasih kepada my Exorian, Mr Amin aka Zainal Arief. Sayang kamu sampai bila-bila..

(",) Love is Friendship (^__^)

Segmen Saya Follow U,U Follow Me By mselim3


Segmen ni created by Mselim3 untuk encourage orang macam saya ni berblogwalking. Yela, sometimes memang boleh menambahkan lagi pengetahuan kita dan sekaligus memberikan kita peluang beramah mesra dengan bloggers yang lain. InsyaAllah. Who knows ada jodoh. Wakakaka..

Anyway, best of luck to me and other bloggers. 


(",) Love is Friendship (^__^)

Segmen Jadikan Followers UNLIMITED by Aimi Rahim


Ni 1st segmen yang saya join utk tahun 2013 nie. Aimi Rahim ni akan menduduki SPM tahun nie. Wish u luck dear.

Since blog nie baru lagi, jadi amat perlu untuk saya menambahkan followers. So kena rajin bersegmen kan. Memandangkan tiba opis awal pada hari ahad yang cukup membuatkan saya cemburu kerana bekerja, jadi biarlah saya pujuk hati dengan bersegmen.

Saya budak baru, kena buat baik ngan blogger yang lain. Hehehe


(",) Love is Friendship (^__^)

03.02.13 - Selamat Ulang Tahun Liey...

Hari ni 030213.. Genaplah Liey 32 tahun.. Tua sudah kamu wahai orang tua.. Hehe. Tapi setua manapun kamu, saya tetap sayang sama kamu..

Unfortunately, he was not around. Dia berada di KL mengikuti kursus "black belt". Mula dulu memang taknak kasi. Or dengan kata lain, gedik takmo berpisah. Demi menyokong minat dia, oklah. Pergi la..

Last night, since 8pm saya dah take picture (~4 of us) and MMS to him with birthday wish. Nothing "jiwang". Just mendoakan kesejahteraan dia di tempat orang. Then, jam 0000 saya call die. Wish personally. Honestly malu rasa bercakap dengan dia sambil mengucapkan selamat hari lahir padanya. Kerana saya lebih pandai meluahkan dengan tulisan bukan dengan kata². Last-last dia kata:-

" Anyway terima kasih. Kerana mengingati tarikh ini dan terima kasih untuk segalanya. Sampaikan salam rindu pada anak²"

Walawei.. Walaupun masa dia cakap tu, saya tengah makan nasik dan sambal belacan. Terasa makan spagetti plak. (~wonder why saya selalu lapar pada tengah malam??~)


To Liey:-
Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, dan sentiasa diberkati dan dilindungi olehNya. Amin. Sayang awak..

(",) Love is Friendship (^__^)

Friday, February 01, 2013

Rebet 200 untuk Smart Phone?

Ok. Masa perbentangan budget ritu ada la dengar pasal rebet RM 200 untuk belia dibawah Pakej Komunikasi Belia. To be frank, memang tak tertarik.. Then sampailah one of my friend cakap. Register je la. Bukan kena bayar pun. Nanti kalau dah ada duit baru guna. Hmm. Faham tak faham saya dibuatnya.

Makanya, untuk menambahkan pemahaman saya bukaklah website Pakej Komunikasi Belia  dan baca la serba sedikit. Bukan suka pun membaca. Ok dah paham..

Rebat ni valid selama sebulan sahaja. Pakej ni akan berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2013 atau sampai peruntukan RM 300 juta ni habis (~kenapa nak bazirkan RM300 juta ni untuk perkara-perkara yang agak tidak masuk akal nie?) As i know, ramai je belia yang boleh mendapatkan smart phone yang mahal tanpa rebat. Membazir sangat. Ok. Back to track. Selepas pendaftaran, kamu mesti beli smart phone tu dalam tempoh sebulan selepas pendaftaran. Kalau kamu takde duit, selepas sebulan kamu tak beli lagi, jadi rebat kamu akan terbatal dan tak valid lagi. Jadi kalau perlu apply sekali lagi. Tu je yang saya faham. Nanti kalau nak claim rebat kena tunjuk IC / Student Card.


Nak try la. Bukan nak beli pun...




(",) Love is Friendship (^__^)

Tarikh Lambat la Pulak...

Haiya.. ini yang benci kalau buat blog baru. Mesti ada yang tak kena. Lebih-lebih lagi tarikh. Update rini 01.02.13 tapi tarikh yang kuar 31.01.13. Lambat plak. Camne nak buat nieh?

Nak carik guru takde la pulak. Meng'google' pun tak jumpa. Ayayayayaii.. Kena carik sendiri jugak nampak gayanya.. Sapa suroh buta IT kan? Sapa suruh ponteng masa kelas programming dulu.. Ngeeeeeeeeee. Maaf ye Pn Azizah (~lecturer masa study lu~)

Nampak tarikh tu??? Camne ek nak tukar??? Poning den.


(",) Love is Friendship (^__^)

Happy Birthday Amni

Quick entry...

Today adalah birthday Amni. Seorang teman dari Penang yang baru bertugas di Sarawak General Hospital.
Actually, saya tak ingat hari ini adalah birthday dia, becoz semalam dia singgah ke office saya setelah berurusan di Kuching Port.

Pada awal, plan untuk breakfast bersama. Memandangkan beliau sibuk maka beliau meng"offer" untuk membelikan saya breakfast. Pucuk di cita ulam mendatang. Saya sukala. Tak lama lepas tu, dia tiba. Dapat la Nasi Lemak ngn telur mata. Dap!! dap!! dap!! Yang best, dapat 1 lagi. Jajan kot. Dalam balang. Nutty Thins namanya. Kepingan badam, sesame seeds, pumpkin seeds (isi kuaci putih) dan sunflower seeds with caramel. Siyes sedap. Tapi manis sedikit. But memang sedap. Sebab saya suka kuaci. Sekian...

Nutty Thins ~ Dapat semalam, rini dah habis...
Nantilah saya uploadkan pic Birthday Boy ni.. Si Amni.. Kepada Amni, Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam lindunganNya. InsyaAllah.. Amin


(",) Love is Friendship (^__^)

1 February 2013

Again...  With the new blog. Maybe saya cepat bosan dengan blog yang sedia ada menyebabkan saya sentiasa create new blogs. With "s". Sounds more blog are coming.. hehehe

Hari ni dah 1st February 2013. Cepat sahaja masa berlalu. Dah sebulan kita berada di tahun 2013. Namun bagi saya, perubahan tahun ini penuh cabaran dan rintangan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Kerana saya yakin dugaan ini akan lebih mendewasakan saya dan sekali gus memberikan saya kekuatan dalam mengharungi hidup ini. InsyaAllah.

Bulan Januari lepas, usia saya menganjak ke suku abad (sounds old (",)) but again tiada sambutan yang hebat. Hanya seorang sahabat yang menyediakan masa untuk bersama-sama menyambut hari gembira saya dengan keluar melayan karenah saya. With a Pink Handbag.. The only present i've got for this year. Standard la. Makin tua makin kurang hadiahnya.. Nasib baik dapat. Kalau takde langsung? Sedih yang amat kan?

More entries to go. So just looking for the "ilham". Not coming2..

(",) Love is Friendship (^__^)

Copyright (c) All Right Reserved EmeraldRing0102.blogspot.com